By: Jazuli Bello Ladan & Nasmatu Aliyu Media freedom refers to the ability of journalists…
[Bernama] JPAF lancar pelan hala tuju dan strategik untuk capai ‘Palestine State For All’
KUALA LUMPUR, 14 Nov — Justice For Palestine Action Front’ (Gerakan Bertindak Keadilan Untuk Palestin) (JPAF) hari ini melancarkan pelan hala tuju dan strategik bagi mencapai wawasan ‘Palestine State for All’ (Negara Palestin untuk Semua).
Penasihat Kebangsaan JPAF Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pelan itu akan menjadi panduan memastikan strategi berkesan dalam mencapai wawasan melalui pelbagai usaha penglibatan berstruktur dengan pihak pemegang taruh dan pakar berkaitan serta penyelidikan komprehensif.